Sunday 6 July 2014

Apa sebenarnya kolestrol? Apa penyebab kolestrol menjadi tinggi?

Kolestrol ialah kawan dan bole jadi musuh kita, macam api dari kecil kawan bila besar lawan...begitu juga kolestrol, pada paras normal kolestrol penting untuk membantu fungsi dalam badan, tapi bila paras kolestrol bertambah dalam darah, ia menjadi 'silent danger' dan meletakkan kita dalam risiko serangan jantung.

Kolestrol adalah oil based, jadia ia tidak akan bercampur dengan darah which is water based.KOLESTROL ini akan dibawa oleh lipoprotein di dalam darah, terdapat 2 jenis lipoprotein iaitu

1) Low-density lipoprotein (LDL-yg dikenali juga sebagai kolestrol jahat)

2)High density lipoprotein (HDL-yg dikenali sebagai kolestrol baik)

Tidak ada kolestrol tak boleh juga sebab kolestrol ada fungsi dakam badan kita spt penyumbang kepada struktur dinding sel, membolehkn badan menghasilkan vit D dan membolehkan badan menghasilkan certain hormones


KOLESTROL TINGGI

Ia juga dikenali sebagai hypercholestrolemia (hyperlipidemia dan dyslipidemia) yang merupakan faktor utama kepada serangan jantung, coronory heart disease dan seangkatan dengannya.

Paras LDL yang tinggi akan mendap di arteri, mendapan ini akan menyempitkan arteri dipanggil atherosclerosis dan akan menyukarkan darah mengalir.

Ada 2 faktor yang menyebabkan kolestrol meningkat

1) Faktor yang tidak dapat dikontrol

a.Keturunan-apabila terdapat ahli keluarga yang mempunyai kolestrol tinggi, maka besar kemungkinan anak juga akan mendapatnya

b.Usia-mudah meningkat dengan peningkatan usia

2) Faktor yang dapat dikontrol

a.Diet-menghadkan pengambilan lemak dalam makanan harian kita terutama makanan yg diproses yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi.

b.Kawal berat badan dan melakukan senaman-overweight atau obesity bole meningkatkan kadar LDL dalam darah.


No comments:

Post a Comment