Friday 29 May 2015

Padini sales @ Paradigm Mall kelana jaya

Hari ini masa dekat paradigm mall kelana jaya,nk pegi makan dekat nandos..dekat ruang legar depan nandos tu ada jualan murah padini,vinci n seed.. yang berlangsung dari 28/5-7/6..

Lepas makan konon nk tgk barang si umi,sekali nmpk baju anak..apa lagi..beli bj anak2 la..baju umi tak beli..si ayah la kena jaga anak..anak bujang ke hulu ke hilir..si umi tengah pilih2..anak dara ajak atah dia gi poh kong..kah kah kah..mummy jarum junior betul,gelak ayah dia..anak dara baru umur 2 tahun..haru betul..

Review pasal sales tu,banyak baju utk budak besar..budak kecik2 tak byk..baju org dewasa byk la tp saiz halus2 la..range bj budak td dlm rm6-rm19 yg i grab tadi..total berhabis2an rm152 until 14 helai..bole la kn untuk anak2..

Thursday 21 May 2015

Cik hubby dan lori

Wa ka ka ka..ni apahal..gelak macam org xbetul ni..bkn apa..cik hubby ni drebar kapal terbang,dah 4 jenis kapal terbang dia bawak...ni dia bawak lori..nampak comel(perasan umi ni,sndr puji)

Dia pun tergelak2 bawak lori..apahal tetibe bawak lori ni kn,al kisah..adikku nk pindah masuk rumah abahku ni,elok la..ada peneman abah..dengan anak2 dia yg comel lg bam bam..gebus gitu..hehehe,jadinya kena la ku pindahkn barang2ku yg besar sikit ke rumah yg hubby beli dekat putrajaya,buat masa ni aku dok kt umah mertua di kuarters kastam kelana jaya,kenapa aku tak pindah lagi..don't ask..sekian

notakaki:gambar xde..xsempat nk amik..sbb asyik tergelak2 je

Gigi oh gigi

Gigi si Anis dh nmpk coklat dan nk start berlubang..haish..mcm mana jadi gitu..gosok 2 kali sehari..coklat,aiskrim..makanan manis semua dikawal..gula2 mmg xmkn lgsg..gigi asif elok je..Anis dh la susu badan,si Asif susu formula yg cantik giginya..

Al kisah pergi la kami 4 beranak ke Demc utk settlekn gigi Anis,kena pulak appointment pukul 7 mlm,dengan umi tengah puasa lagi..masa tengah tunggu giliran,Anis dah resah..Asif dh cuak sbb dapat umi dan ayah yang kuat menyakat,seksa rasanya menunggu turn si Anis..asyik ajak keluar dari klinik gigi tu,oh lupa..doc gigi kanak2 hanya available pukul 5 ptg ke atas,tu sbb appointment kitaorg kul 7..

Akhirnya sampai gak turn si Anis..apa lagi drama swasta,kung fu,silat,silambam semua keluar,tu belum doc sentuh lagi..ayah..mi mi..biler doc start sentuh,3 org pegang dia..tak padan dengan kecik,kuat tenaganya..biler doc dh check..Anis disuruh tenang dulu,maka tiba la sesi soal jwb..umi dan doctor..perbualan ni lebih kurang je..

Doc:jarang gosok gigi dia ye,umur mcm tu..belum 2 tahun lagi mmg payah nk gosok

Umi:saya gosok doctor,2 kali sehari

Doc:start biler gosok?

Umi: start gigi dia tumbuh..mmg gosok..si abg elok je gigi,minum formula..dia bfeed

Doc:ok..byk faktor yg menyumbang kepada kerosakkn gigi dia,dia kuat mkn manis gula2,coklat?

Umi:tu semua mknan kawalan tu,sy tak bagi makan sgt,kadang2 je..tp dia ni suka menyusu time tido,kemam je puting dlm mulut,sy agak tu je sbb giginya jd gitu(eh eh..memandai je aku ni,mcm kn doc)

Doc:tu mungkin salah 1 sebab jugak tp ada lg sbb lain mungkin awak kurang kalsium,jadi dia menyusu tp kurang kalsium(mcm batu hempap atas kepala.. sbb aku on n off mkn calcium) saliva dia mungkin byk bacteria,mungkin asyik menyusu masa tido buat susu bertukar jd gula n bla bla..bfeed ni dh bagus tp kena pastikn si ibu mempunyai khasiat yg cukup utk si bayi..(yg ni i setuju sgt2 doc,sbb byk je ibu yg feed tp anak asyik sakit,kena check blk si ibu ni) mungkin anak2 ni lapar..apa kata sblm tido,bg supper..then gosok gigi n tido dan si ibu..cuma amik mknan berkalsium tinggi atau amik pil kalsium magnesium

Tu la serba sikit perbualan antara umi dan doc psl gigi anis,lepas tu kitaorg bersilat la nk tampal gigi Anis,moral of the story..bukan si ibu je akan suffer kalau kurang kalsium,si manja anda turut menanggung akibatnya..dalam perbualan td doc jugak ckp mungkin masa pregnant sy kurang amik mknan mengandungi kalsium,yg ni i tak setuju ler sbb masa pregnant i mmg disiplin mkn calcium..so igt ye ibu2..dari pregnant lg penting ye calcium ni,bulan depan review gigi Anis..nk bawak si Asif check gigi jugak


Tuesday 23 December 2014

Cabaran workout..

Asssalamualaikum..

Huish..lama betul tak menulis..penyakit M  tu kuat sangat...ada di antara kita memang rajin workout,nak2 sekarang tengah banyak challenge,squat challenge,lunges challenge dan mcm2 challenge la lagi..Ye la..org perempuan suka perut rata..punggung bulat..seksi gitu kn..

Dalam kita ghairah nk kn keseksian gitu,workout membuat badan kita sore,sakit..ni yg buat terbantut hasrat dijiwa nk badan seksi tu..betul tak?bg yg cekal..mmg akan teruskn challenge tu,bagi yg lemah semangat..macammana pulak?

Kini anda jgn risau ye,dengan pengambilan vit C dan vit E,kita akan kurang rasa sakit akibat dari workout td..padan la ku buat reverse cruch,lunges,leg raise,squat,jumping jack dan etc etc....tak rasa sakit..igtkn workout tu xberkesan..rupa2nya akibat pengambilan vit2 tersebut..

The best part is..skrg tengah offer vit C dan vit E serta collagen..mmg berbaloi..apa lagi..selain berkesan utk yg rajin workout..anda juga akan dpt kulit yg cantik..tak rugi kn..

Rasa2 nak cantik lagi menawan..jom hubungi saya..

Monday 7 July 2014

Set kolestrol shaklee

Setelah kita memahami apa tu kolestrol,skrg kita kena tau gak apa perlu dilakukan sekiranya kolestrol sudah mula check in dalam diri kita.Lagi satu kalau kita keturunan kolestrol tinggi.

Cara yang mudah,kita ambil vitamin untuk menormalkan paras kolestrol kita.Vitamin yg cik siti cadangkn ialah dan fungsinya


1)Alfafa complex 2)Herb-lax
-mengurangkan kolestrol
-mengandungi saponin (span) yang bertindak sebagai serat yg menyerap kolestrol dalam usus untuk dikeluarkan sebagai najis.

3)Vitamin C
-menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri.

4)B-complex
-mengandungi B3 (niacin) untuk boost HDL kolestrol,tinggi HDL akan mengurangkan kolestrol jahat dalam badan

5)Omega guard
-mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkn paras kolestrol baik
-mencegah salur darah dari tersumbat

6)Vitamin E complex
-menghalang terjadinya artherosclerosis

7)Garlic
-mengurangkan kolestrol jahat

Anda juga bole menambah Vivix dalam set ini dimana dalam vivix mengandungi elderbery yg membantu mengurangkan paras kolestrol jahat.

Nak tahu lebih lanjut bole hubungi saya,set bajet yg akan memenuhi keperluan anda

Sunday 6 July 2014

Apa sebenarnya kolestrol? Apa penyebab kolestrol menjadi tinggi?

Kolestrol ialah kawan dan bole jadi musuh kita, macam api dari kecil kawan bila besar lawan...begitu juga kolestrol, pada paras normal kolestrol penting untuk membantu fungsi dalam badan, tapi bila paras kolestrol bertambah dalam darah, ia menjadi 'silent danger' dan meletakkan kita dalam risiko serangan jantung.

Kolestrol adalah oil based, jadia ia tidak akan bercampur dengan darah which is water based.KOLESTROL ini akan dibawa oleh lipoprotein di dalam darah, terdapat 2 jenis lipoprotein iaitu

1) Low-density lipoprotein (LDL-yg dikenali juga sebagai kolestrol jahat)

2)High density lipoprotein (HDL-yg dikenali sebagai kolestrol baik)

Tidak ada kolestrol tak boleh juga sebab kolestrol ada fungsi dakam badan kita spt penyumbang kepada struktur dinding sel, membolehkn badan menghasilkan vit D dan membolehkan badan menghasilkan certain hormones


KOLESTROL TINGGI

Ia juga dikenali sebagai hypercholestrolemia (hyperlipidemia dan dyslipidemia) yang merupakan faktor utama kepada serangan jantung, coronory heart disease dan seangkatan dengannya.

Paras LDL yang tinggi akan mendap di arteri, mendapan ini akan menyempitkan arteri dipanggil atherosclerosis dan akan menyukarkan darah mengalir.

Ada 2 faktor yang menyebabkan kolestrol meningkat

1) Faktor yang tidak dapat dikontrol

a.Keturunan-apabila terdapat ahli keluarga yang mempunyai kolestrol tinggi, maka besar kemungkinan anak juga akan mendapatnya

b.Usia-mudah meningkat dengan peningkatan usia

2) Faktor yang dapat dikontrol

a.Diet-menghadkan pengambilan lemak dalam makanan harian kita terutama makanan yg diproses yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi.

b.Kawal berat badan dan melakukan senaman-overweight atau obesity bole meningkatkan kadar LDL dalam darah.


Cinta kolestrol

Assalamualaikum...tajuk topik di atas bukan nak ulas mengenai filem tersebut tp nak bercerita tentang kolestrol..

Ramai diantara kita memang tak endah mengenai kolestrol ni, tidak jaga tabiat pemakanan.Mereka cuma akan sedar dari mimpi apabila melakukan medical check up untuk perkerjaan atau menunaikan haji.Kita tidak akan sedar tinggi rendahnya kolestrol kita sebab memang tak ada apa apa simptom yang akan memberitahu kita.

Untung sekiranya kita sempat tahu pasal tahap kolestrol kita, ada yang tidak tahu..tiba tiba kena serangan jantung, syukur Alhamdulillah sekiranya masih bole diselamatkan...It's a silent killer